Adakah corner lot mesti dijual lebih mahal daripada intermediate lot?
Tidak semestinya secara automatik. Premium bergantung pada keluasan tanah yang boleh digunakan, posisi lot, kondisi rumah, transaksi sekitar, permintaan dan sokongan pembiayaan buyer.
Kenapa rumah corner lot saya sudah lama di market?
Antara kemungkinan ialah harga terlalu jauh daripada pilihan buyer, presentation tidak menunjukkan fungsi tanah tambahan, rumah perlukan repair, persaingan listing lebih menarik atau buyer yang datang tidak cukup kuat.
Perlu renovate besar sebelum jual?
Tidak semestinya. Selalunya lebih penting untuk baiki item kritikal, bersihkan halaman, kemaskan frontage, pencahayaan dan ruang utama. Renovation besar perlu dikira kerana tidak semua kos akan diterjemah kepada harga jual atau bank value.
Bagaimana Adi tentukan harga jual?
Adi melihat lokasi, jenis lot, saiz tanah, kondisi, transaksi setempat, asking price pesaing, profil buyer dan risiko bank value. Selepas itu barulah asking price, ruang rundingan dan strategi pemasaran disusun.
Kalau baki loan masih tinggi, boleh jual?
Boleh dinilai, tetapi perlu semak baki redemption dan anggaran hasil bersih dahulu. Jika harga pasaran terlalu dekat atau lebih rendah daripada baki komitmen, strategi perlu dikira sebelum rumah dipasarkan.
Kalau rumah bumi lot atau perlukan consent?
Masih boleh diurus bergantung pada status sebenar, syarat title dan pembeli yang sesuai. Dokumen serta jangkaan tempoh proses perlu dikenal pasti dari awal supaya rundingan lebih jelas.
Apa yang perlu saya hantar untuk semakan awal?
Hantar lokasi atau taman, jenis rumah, saiz tanah, anggaran built-up, gambar depan dan dalaman, status freehold atau leasehold, bumi atau non-bumi, keadaan repair dan baki loan jika berkaitan.