Hartanah Johor Prestige · Khidmat Pemilik Rumah
Adi Zaini · REN27528
Sebelum anda tetapkan harga

Semak Nilai Percuma Rumah Johor. Jangan jual dalam keadaan meneka.

Rumah mungkin aset terbesar anda. Jadi jangan tentukan harga hanya kerana jiran letak iklan tinggi. Adi bantu faham nilai pasaran, baki hutang dan risiko jualan sebelum anda buat keputusan.

Semakan awal tanpa caj · Tiada paksaan menjual · Anggaran berdasarkan maklumat tersedia

Semak nilai percuma rumah Johor bersama Adi Zaini REN27528
Adi Zaini Senior Real Estate Negotiator · REN27528
Latar belakang perakaunan
“Biar jelas dahulu.
Baru tenang buat keputusan.”
17+ tahun Pengalaman hartanah Johor
1,000+ Urusan dan transaksi sepanjang kerjaya
REN27528 Nombor perunding untuk disemak
Jawapan sebelum anda percaya

Kenapa pemilik rumah pilih Adi?

Anda tidak perlukan orang yang sekadar berkata “boleh jual mahal”.Anda perlukan penjelasan yang membantu melindungi masa, wang dan keputusan keluarga.

01 / Harga perlu ada alasan

Bukan angka paling manis. Angka yang boleh dipertahankan.

Adi melihat rumah setara, keadaan unit, permintaan setempat, baki pembiayaan dan risiko jurang bank value.Jika sasaran harga terlalu jauh daripada pasaran, Adi akan jelaskan — bukan sekadar mengiakan.

“Saya jaga poket dan maruah pemilik. Biar faham risiko sebelum tandatangan.”
02 / Pengalaman & disiplin

17+ tahun pengalaman. Cara fikir berasaskan angka.

Latar belakang perakaunan membantu Adi melihat hasil bersih, kos dan pilihan kewangan — bukan setakat harga iklan di portal.

03 / Masalah yang rumit

Tak terus janji selesai. Cari punca dahulu.

Rumah lama tak laku, loan pembeli gagal, LPPSA, pusaka atau consent memerlukan langkah berbeza.Adi boleh bantu menyusun tindakan dan rujukan profesional yang sesuai; kelulusan pihak lain tidak dijamin.

Apa yang anda sebenarnya dapat

Semak nilai percuma bukan sekadar “rumah berapa?”

Nilai yang berguna mesti membantu anda menjawab apa yang boleh dijangka, apa yang akan ditolak dan apa yang mungkin mengganggu jualan.

01 / Pasaran

Anggaran harga

Banding jenis, fasa, lot, saiz, keadaan dan transaksi atau tawaran setara apabila ada.

02 / Wang

Anggaran baki bersih

Ambil kira baki pinjaman, kos transaksi dan komitmen berkaitan, jika maklumat tersedia.

03 / Pembeli

Risiko bank value

Kenal pasti kemungkinan jurang antara harga diminta dan penilaian bagi tujuan pembiayaan.

04 / Dokumen

Halangan urusan

Perhatikan sekatan hak milik, consent, joint name, pusaka, strata atau status penyewa.

Ini ialah anggaran pasaran awal, bukan laporan penilaian rasmi.Rujukan data seperti JPPH / NAPIC digunakan apabila berkaitan dan tersedia.Laporan valuation rasmi disediakan oleh penilai berdaftar.

Untuk pemilik yang sedang risau

“Rumah saya ada masalah. Adi boleh bantu?”

Boleh mulakan dengan memahami masalah itu.Tidak semua rumah patut terus diiklankan — ada yang perlu betulkan strategi atau dokumen terlebih dahulu.

01

Rumah lama tak terjual

Semak harga, pesaing, bahan iklan dan maklum balas viewing.Kadangkala strategi perlu diubah, bukan terus potong harga.

02

Baki loan / LPPSA masih tinggi

Anggarkan penebusan dan wang bersih dahulu supaya pemilik tidak terkejut dengan kekurangan dana.

03

Bank value lebih rendah

Nilai kesan kepada deposit, kemampuan pembeli dan pilihan rundingan.Penilaian bank bukan kuasa ejen.

04

Pembeli pernah gagal loan

Perbaiki saringan awal dan kesiapsiagaan dokumen.Tiada sesiapa boleh menjamin kelulusan pembiayaan.

05

Rumah pusaka / nama bersama

Kenal pasti siapa yang berhak bertindak dan dokumen yang perlu disemak bersama peguam atau pentadbir pusaka.

06

Bumi lot, consent atau sekatan

Semak syarat pada hak milik dan kemungkinan laluan permohonan.Keputusan tertakluk pada pihak berkuasa.

07

Rumah masih ada penyewa

Teliti tempoh sewaan, akses viewing, serahan milikan dan komitmen penyelenggaraan.

08

Pemilik berada di luar Johor

Bantu koordinasi pemasaran, viewing, dokumen dan komunikasi pihak berkaitan mengikut keperluan.

Masalah rumah anda tidak tersenarai? Ceritakan kepada Adi.Kita cari puncanya dahulu sebelum bercakap soal jual. Bincang Kes Saya
Cara Adi menilai situasi

Tiga situasi. Tiga keputusan berbeza.

Ini contoh pendekatan, bukan jaminan hasil untuk setiap rumah.

“Jiran iklan tinggi.”

Semak sama ada rumah itu benar-benar setara, berapa lama di pasaran dan apakah data transaksi yang tersedia.Harga iklan bukan harga jual muktamad.

“Nak jual, tapi hutang banyak.”

Banding jangkaan jualan dengan penebusan dan kos dahulu.Ada masanya lebih baik tunggu daripada menjual dalam keadaan terdesak.

“Sudah ada pembeli, tapi loan sangkut.”

Kenal pasti isu penilaian atau kelayakan pembeli dan periksa pilihan munasabah sebelum menerima tawaran baharu.

Selepas tahu anggaran

Bukan semestinya perlu jual sekarang.

Tujuan semakan ialah memberi kejelasan. Anda masih pemilik keputusan.

01

Jual dengan pelan

Jika nilai, dokumen, pasaran dan baki kewangan memberi asas yang munasabah untuk mula menjual.

02

Betulkan strategi

Jika isu utamanya ialah harga tidak tepat, pemasaran kurang kuat atau kesiapsiagaan pembeli.

03

Tunggu & bersedia

Jika penebusan pinjaman, pusaka, consent atau keadaan keluarga belum sesuai untuk jualan.

Mikro pasaran Johor

Rumah dalam negeri sama belum tentu pasaran sama.

Nilai dipengaruhi taman, fasa, jalan, lot, saiz tanah, renovasi, status hak milik dan jenis pembeli.Perbandingan perlu dekat dengan ciri rumah sebenar.

Johor Bahru · Larkin · Tampoi

Usia unit, akses, parkir, renovasi dan stok bersaing.

Skudai · Mutiara Rini

Jenis lot, keluasan dan fasa kejiranan.

Kulai · Senai · Indahpura

Kawasan matang berbanding stok baharu.

Pasir Gudang · Kota Masai

Keadaan rumah, jenis pegangan dan profil pembeli.

Masai · Bandar Seri Alam

Jenis rumah, persaingan dan kedudukan mikro.

Iskandar Puteri · Nusajaya

Perbezaan strata, landed dan kos pegangan.

Jangan hanya tengok harga di iklan

Rumah laku RM600,000. Adakah semua wang itu milik anda?

Tidak semestinya.Sebelum setuju dengan harga pembeli, pemilik perlu membezakan harga jualan, baki pinjaman dan hasil bersih .Kiraan ini penting jika anda bercadang menggunakan wang tersebut untuk membeli rumah baharu, melangsaikan komitmen keluarga atau menampung kos berpindah.

Dengan latar belakang dalam bidang perakaunan, Adi memberikan perhatian pada angka yang akhirnya sampai kepada pemilik, bukan hanya jumlah yang tertera dalam iklan.Anggaran yang jelas membantu mengelakkan situasi apabila rumah sudah terjual tetapi wang bersih tidak cukup untuk rancangan seterusnya.

Contoh pengiraan ringkas

Harga jualan contoh
RM600,000
Tolak baki penebusan pinjaman
− RM400,000
Tolak anggaran kos berkaitan
− RM30,000
Tolak tunggakan / pelarasan contoh
− RM10,000
Anggaran baki sebelum pelarasan lain
RM160,000
Semua angka ini ilustrasi sahaja, bukan nilai rumah atau sebut harga.Kos sebenar berbeza mengikut kes, termasuk fi profesional, cukai jika terpakai, penalti penebusan dan pelarasan transaksi.Dapatkan penyata penebusan terkini serta pengiraan daripada pihak yang berkaitan sebelum membuat komitmen.
Harga iklan vs harga transaksi

Rumah yang diiklankan pada satu nilai belum tentu mempunyai pembeli pada harga tersebut.Ada unit yang lama menunggu, ada yang perlu dibaiki, dan ada juga yang memberi harga akhir lebih rendah selepas rundingan.Sebab itu perbandingan perlu mengambil kira bukti transaksi apabila tersedia, bukan hanya tangkap layar iklan paling tinggi.Keluasan lot, jenis pegangan dan keadaan rumah mesti sepadan supaya perbandingan itu adil kepada pemilik.

Harga pasaran vs nilai bank

Anggaran pasaran membantu anda menetapkan jangkaan harga, manakala penilaian oleh pihak pembiaya digunakan dalam proses permohonan pinjaman.Kedua-duanya boleh berbeza.Jika pembeli mengharapkan pembiayaan tinggi tetapi penilaian lebih rendah, pembeli mungkin perlu menyediakan wang tambahan atau merunding semula harga.Semakan awal membantu pemilik memahami risiko ini sebelum menerima booking, namun hasil penilaian rasmi tetap di luar kawalan perunding.

Renovasi vs nilai jual semula

Kos ubah suai tidak semestinya bertambah satu ringgit untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.Pembeli mungkin menghargai bumbung, pendawaian dan struktur yang dijaga, tetapi tidak semestinya membayar penuh untuk kabinet atau hiasan yang mengikut cita rasa peribadi.Adi boleh bantu melihat apakah penambahbaikan yang benar-benar mempengaruhi persepsi pembeli setempat, serta sama ada menjual dalam keadaan sedia ada lebih berbaloi daripada mengeluarkan modal tambahan.

Sebelum iklan dibuka kepada pembeli

Empat perkara yang patut jelas dahulu.

Bahagian ini untuk pemilik yang mahu urusan lebih telus dan kurang kejutan.Anda tidak perlu menyediakan semua dokumen dalam perbincangan pertama, tetapi mengetahui kedudukannya membolehkan Adi mencadangkan langkah yang lebih tepat.

01 / Siapa pemilik yang mempunyai kuasa menjual?

Periksa nama pada hak milik, status bersama pasangan atau ahli keluarga dan sama ada terdapat kematian pemilik berdaftar.Jika melibatkan pusaka, persetujuan waris sahaja mungkin belum mencukupi tanpa dokumen kuasa pentadbiran yang diperlukan.Kes sebegini wajar disusun bersama peguam atau pihak pusaka yang berkaitan sebelum menetapkan tarikh sasaran jualan.

02 / Apakah baki pinjaman dan komitmen tertunggak?

Jumlah ansuran bulanan tidak menunjukkan baki penebusan sebenar.Pemilik perlu mengambil kira penyata pembiayaan terkini, tunggakan penyelenggaraan atau cukai berkaitan, serta kemungkinan kos pelepasan cagaran dan urusan guaman.Jika pinjaman LPPSA masih aktif, aliran dokumen dan masa penebusan juga perlu dimasukkan dalam perancangan.

03 / Adakah rumah tersedia untuk viewing dan serahan?

Unit yang diduduki sendiri memerlukan jadual lawatan yang menjaga privasi keluarga.Jika ada penyewa, periksa perjanjian dan hak penggunaan rumah sebelum menjanjikan tarikh kosong kepada pembeli.Gambar yang tepat dan keadaan rumah yang dinyatakan secara jujur selalunya lebih membantu daripada janji kosong ketika iklan dibuat.

04 / Apakah strategi jika tawaran pertama tidak menjadi?

Perlu ada pelan untuk menilai tawaran, semak kemampuan asas pembeli, menetapkan tempoh maklum balas serta menilai semula harga berdasarkan sambutan.Jika pembeli gagal mendapat kelulusan, langkah berikutnya patut berdasarkan punca kegagalan, bukan reaksi panik.Pemilik juga patut tahu bila lebih baik menghentikan pemasaran sementara untuk menyelesaikan dokumen atau isu kewangan.

Proses semakan

Empat langkah. Ringkas dan jelas.

Langkah 01

Ceritakan rumah

Nama taman, jenis unit, keluasan, keadaan dan gambar jika ada.

Langkah 02

Bandingkan pasaran

Periksa rumah setara dan maklumat penawaran atau transaksi yang relevan.

Langkah 03

Semak risiko

Bincang baki loan, kos, bank value dan isu dokumen jika berkaitan.

Langkah 04

Terangkan pilihan

Pertimbangkan sama ada patut jual, ubah strategi atau tunggu.

Tidak perlu kongsi dokumen sensitif pada awal perbincangan. Semakan awal berdasarkan maklumat yang tersedia; pengesahan rasmi oleh bank, penilai, peguam atau pihak berkuasa adalah proses berasingan.

Soalan yang selalu timbul

Jawapan mudah. Tak perlu rasa serba salah.

Tanya dahulu tidak bermaksud anda perlu terus menjual rumah atau melantik Adi.

Semak nilai percuma ini betul-betul tiada caj?

Ya, perbincangan dan anggaran awal berdasarkan maklumat rumah adalah percuma.Laporan valuation rasmi oleh penilai berdaftar adalah perkhidmatan berlainan yang mungkin melibatkan fi.

Adakah saya wajib lantik Adi selepas semakan?

Tidak. Anda boleh fikir dahulu, banding pilihan dan tentukan masa yang sesuai untuk menjual.

Adakah anggaran Adi sama dengan bank value?

Tidak semestinya.Penilaian bagi pembiayaan ditentukan melalui proses bank dan penilai yang dilantik.

Rumah masih ada loan bank atau LPPSA, boleh semak?

Boleh. Baki pinjaman dan kos berkaitan penting untuk menganggarkan wang bersih selepas jualan.

Rumah pusaka, geran belum keluar atau joint name?

Semakan awal boleh dimulakan.Langkah undang-undang dan kelulusan selanjutnya perlu dirujuk kepada pihak profesional atau berkuasa yang berkaitan.

Maklumat apa yang Adi perlukan dahulu?

Nama taman, jenis rumah, keluasan, keadaan rumah dan gambar jika ada.Jangan kongsi dokumen sensitif sebelum perlu.

Adakah pendekatan Adi sesuai untuk semua pemilik?

Lebih sesuai untuk pemilik yang menghargai harga berasas, semakan risiko dan urusan tersusun.Jika hanya mahu proses paling ringkas tanpa semakan terperinci, anda mungkin memilih pendekatan lain.

Mulakan dengan satu keputusan yang bijak

Jangan jual kerana panik. Jangan simpan kerana meneka.

Kongsi keadaan rumah anda.Adi bantu semak nilai pasaran, anggaran hasil bersih dan pilihan yang masuk akal —supaya anda lebih yakin sebelum mengambil langkah seterusnya.

Rumah anda mungkin ada pilihan yang lebih baik.

Adi Zaini · Senior Real Estate Negotiator
REN27528 · Hartanah Johor Prestige

WhatsApp Adi — Semak Rumah Saya Semakan awal bukan valuation rasmi.Keputusan bank, urusan guaman dan kelulusan kerajaan tertakluk kepada pihak berkaitan.
Jumlah Pelawat: 188