Nilai Sebenar Seorang Perunding Berdaftar
Masalah Jual Rumah Selalunya Bermula Sebelum Pembeli Datang Viewing
Ramai orang ingat masalah bermula bila pembeli tawar rendah. Sebenarnya, masalah boleh bermula lebih awal:
harga permulaan terlalu tinggi, gambar kurang meyakinkan, maklumat rumah tidak lengkap, target pembeli tidak tepat,
atau tiada strategi untuk jawab bantahan pembeli.
Sebagai perunding hartanah berdaftar di Masai, fokus Adi ialah bantu anda masuk pasaran dengan lebih bersedia.
Bila persediaan awal kuat, proses jualan lebih mudah dikawal.
✓ Harga rumah disusun berdasarkan logik pasaran, bukan sekadar ikut rasa.
✓ Kelebihan rumah diterangkan dengan cara yang pembeli faham.
✓ Risiko pembeli tidak layak dikurangkan melalui tapisan awal.
✓ Rundingan harga dibuat dengan lebih yakin dan berstruktur.