Risiko
Tahap
Kesan
Kawalan Adi
Harga tidak selari dengan mikro-kawasan
Tinggi
Listing lama dan banyak pertanyaan tanpa tawaran yang boleh bergerak.
Banding transaksi, pesaing, jenis lot, kondisi dan profil pembeli.
Baki pinjaman terlalu rapat dengan hasil jualan
Tinggi
Pemilik mungkin perlu menyediakan tunai atau transaksi tersekat.
Kira penebusan, tunggakan dan kos sebelum menerima tawaran.
Nilai bank pembeli lebih rendah
Tinggi
Pembeli perlu menambah deposit atau membatalkan pembelian.
Semak indikasi nilai dan kemampuan tunai pembeli sejak awal.
Komitmen pembeli terlalu tinggi
Tinggi
Booking tergantung dan momentum pemasaran hilang.
Tapis pendapatan, komitmen, deposit dan dokumen sebelum booking.
Consent atau sekatan tidak dikenal pasti
Sederhana
Garis masa berubah dan pembeli mungkin tidak sanggup menunggu.
Semak hak milik dan laluan kelulusan sebelum SPA.
Maintenance atau cukai tertunggak
Sederhana
Hasil bersih berkurang dan dokumen pelepasan tertangguh.
Dapatkan penyata dan tentukan kaedah penyelesaian lebih awal.
Penyewa masih berada di rumah
Sederhana
Viewing, deposit sewa dan penyerahan kosong boleh bercanggah.
Semak perjanjian, akses dan tarikh penyerahan yang praktikal.
Notis bank atau tindakan semakin hampir
Tinggi
Masa pemasaran pendek dan ruang rundingan semakin kecil.
Hubungi bank dan peguam; fokus pada pembeli bersedia dan garis masa jelas.