Apa yang Adi cari sebelum rumah dipasarkan?
Adi cuba jawab satu soalan penting dahulu: apa yang boleh menggagalkan transaksi ini selepas pembeli sudah suka rumah?
- Status nama pada geran dan kedudukan pentadbir / benefisiari.
- Sama ada semua pihak yang berkaitan sudah selari untuk menjual.
- Sekatan kepentingan, consent, baki pinjaman atau tunggakan yang perlu diberi perhatian.
- Nilai tanah, kondisi bangunan dan kelebihan lokasi yang patut ditonjolkan.
- Jenis pembeli yang benar-benar sesuai dengan harga dan profil banglo.
Kalau geran masih nama arwahIklan tidak patut bergerak seolah-olah semua dokumen sudah ready. Kedudukan pusaka dan kuasa menandatangani perlu diperjelas bersama pihak berkaitan.
Kalau rumah sudah lama kosongJangan paksa rumah lama nampak seperti rumah baru. Positioning perlu memilih sama ada menjual kekuatan bangunan, keluasan tanah, lokasi atau potensi naik taraf.
Kalau waris ramaiMasalah biasanya bukan kekurangan pembeli, tetapi keputusan yang berubah-ubah. Adi bantu jadikan maklumat dan expectation lebih seragam sebelum rundingan serius.