Dokumen & semakanDokumen yang membuat buyer lebih yakin dan kurang menekan harga.
JKPTG menyatakan pusaka kecil melibatkan harta alih atau tak alih dengan nilai keseluruhan tidak melebihi RM5 juta, dan permohonan boleh dibuat melalui sistem MyLAND. Untuk rumah, dokumen yang jelas sangat membantu semasa rundingan.
Sijil kematian
Dokumen asas untuk urusan pusaka dan pengesahan pemilik asal telah meninggal dunia.
Geran / hakmilik
Semak nama pemilik, bahagian si mati, sekatan, jenis pegangan, status lot dan cagaran bank.
LA / Probet / Perintah
Menentukan siapa yang mempunyai kuasa mentadbir atau melaksanakan jualan mengikut proses.
Persetujuan waris
Buyer lebih yakin bila waris jelas, tidak bercanggah dan bersedia meneruskan proses jualan.
Bil cukai & tunggakan
Cukai pintu, cukai tanah, maintenance dan bil utiliti perlu disemak supaya hasil bersih tidak tersalah kira.
Semakan loan buyer
Buyer yang kuat lebih berbaloi dilayan berbanding tawaran tinggi tetapi risiko loan reject.
Valuation bank
Membantu menentukan sama ada diskaun buyer masih dalam julat yang boleh diterima bank.
SPA & peguam
Terma harga, deposit, timeline dan syarat pusaka perlu disusun supaya jualan tidak tergantung.
Nota penting: Jika pusaka belum selesai, jangan hanya bergantung kepada janji lisan buyer. Pastikan struktur booking, dokumen, kuasa menandatangani, timeline dan syarat pinjaman disemak dengan betul sebelum menerima potongan harga yang besar.