Bagaimana cara Semak Nilai Rumah Taman Johor Jaya?
Semak Nilai Rumah Taman Johor Jaya bermula dengan
jalan, jenis rumah, saiz tanah, built-up, jenis lot,
kondisi dan renovation. Selepas itu bandingkan transaksi
yang benar-benar setara dan persaingan aktif.
Adakah median RM480,000 bermaksud rumah saya bernilai RM480,000?
Tidak. RM480,000 ialah median bagi kumpulan transaksi landed
dalam tempoh data yang dirujuk. Nilai unit tertentu boleh berbeza
mengikut saiz, lot, jalan dan kondisi.
Kenapa harga rumah jiran tidak boleh digunakan terus?
Jenis rumah, saiz tanah, kondisi, renovation,
lot dan tarikh transaksi mungkin tidak sama.
Harga iklan juga belum semestinya harga transaksi akhir.
Adakah renovation menambah nilai rumah?
Renovation boleh memberi kesan tetapi kos renovation
tidak semestinya kembali sepenuhnya dalam nilai pasaran.
Buyer melihat fungsi, keadaan dan kos tambahan selepas membeli.
Kalau rumah lama tak terjual, perlu turunkan harga?
Tidak semestinya. Audit dahulu inquiry, viewing,
feedback buyer, pesaing, visual, kondisi dan positioning.
Boleh Adi bantu jika buyer selalu gagal loan?
Saringan awal pendapatan, komitmen, pekerjaan,
deposit dan struktur pembiayaan boleh membantu
mengurangkan risiko transaksi gagal selepas booking.
Boleh Adi bantu rumah pusaka, consent atau kaveat?
Kes sebegini memerlukan semakan route transaksi,
pihak yang berkuasa menjual dan dokumen sebelum
strategi pemasaran ditentukan. Nasihat undang-undang tertentu
tetap perlu diperoleh daripada peguam berkaitan.