Harga rumah boleh nampak kuat di pasaran, tetapi belum tentu terus lepas bila bank hantar valuer
Dalam jual rumah subsale, pemilik selalunya fokus kepada tiga perkara: dapat pembeli, dapat harga tinggi, dan cepat tandatangan SPA. Tetapi selepas booking, satu lagi fasa yang sangat penting ialah valuation. Jika nilai yang keluar rendah daripada harga jual, pembeli mungkin perlu tambah tunai, mohon margin lebih rendah, tukar bank, atau runding semula harga.
Inilah sebabnya checklist jual rumah semasa valuation perlu disediakan lebih awal. Rumah yang sama boleh dinilai berbeza apabila keadaan fizikal tidak kemas, gambar sokongan tidak cukup, ukuran binaan tidak jelas, renovasi tidak dijelaskan, status dokumen belum disusun, atau harga diletakkan jauh daripada transaksi sekitar.
Untuk pemilik rumah Johor, faktor mikro kawasan sangat besar kesannya. Rumah teres di Taman Daya tidak boleh dibaca sama seperti apartment di Larkin, rumah LPPSA di Ulu Tiram, unit strata di Iskandar Puteri, rumah kos rendah di Masai, atau rumah landed lama di Pasir Gudang. Adi membantu pemilik menyusun jangkaan nilai, posisi harga dan dokumen supaya proses valuation lebih kemas dari awal.
