Enam puluh mesej masuk. Belum tentu seorang pun boleh membeli.
Inilah perangkap paling biasa apabila menjual rumah kos rendah. Harga nampak mampu milik, iklan menerima banyak pertanyaan dan pemilik menyangka jualan akan bergerak pantas. Kemudian seorang pembeli gagal loan. Seorang lagi tidak sesuai dengan kategori rumah. Pembeli ketiga tiada tunai untuk menutup jurang valuation.
Tiga minggu kemudian, rumah masih berada di pasaran. Bukan kerana tiada minat. Masalahnya, minat itu tidak pernah ditukar menjadi transaksi yang boleh selesai.
Sebelum Adi memasarkan rumah, Adi membaca failnya terlebih dahulu: siapa pemilik berdaftar, apakah sekatan pada hak milik, berapa baki penyelesaian, adakah tunggakan pengurusan, siapakah pembeli yang sesuai dan apakah rujukan pembiayaan yang realistik.
Pendekatan ini mungkin kelihatan lebih teliti pada permulaan. Namun ia mengelakkan pemilik kehilangan masa selepas booking, apabila masalah sepatutnya sudah dikenal pasti dari awal.


